Saturday, 10 October 2015

HIDUP MESTI DITERUSKAN

Dah 4 bulan blog ni menyepi.. hahaha.. maklumlah bekerja siang malam. Waktu lapang tu hanya digunakan untuk mencuci baju, mengemas bilik dan tidur. Sedar tak sedar dah hampir nak bulan bekerja sebagai house officer, dilanda ribut badai tonggang terbalik wad.. yeahh, aku masih mampu bertahan!!

Tak ada apa pun yang berlaku sepanjang 4 bulan ni, setiap hari adalah sama. Sekadar makan, menonton movie di pawagam dan berehat di rumah. Baru2 ni ada terperasan orang iklankan kacang pool, aku mula curious apa lah benda alah kacang pool tu. Jadi, aku decide nak pergi merasa makanan tu. Seriously sedap sampai merangsang saraf deria rasa sebelum disimpan ke dalam kotak memori kepalaku. hahaha

Kacang pool dimakan bersama roti bakor kome..

Tapi sejak dua menjak ni rasa letih berleluasa segenap pelosok badan. Hampir setiap hari bangun tidur lewat. Arghh, mati lah kalau sampai lambat ke hospital!! Kalau time  ni, memang pecut laa ke hospital. Tapi kalau malang mesti tersangkut kat tepi landasan sebab keretapi lalu. ting tong ting tong.. 10 minit ko menunggu sampai mendap otak. Sebab tu kalau nak cari rumah sewa, area tempat aku duduk ni namanya Bukit Siput boleh dapat rate yang murah, orang kasi alasan kena melintas landasan keretapi tambahan pula pintu keluar masuk taman ni terhad. hehehe

bosan


Sekarang ni bila masa lapang kat rumah, aku pergi main my quadcopter. Tiba2 berminat plak nak jadi budak2 main benda ni. Siap bole snap gambar & record video tau. Tapi kena main sewaktu suasana tak berangin je sebab benda ni kecil dan ringan. Boleh tergolek accident nanti benda ni. Tadi selepas repair motor sengaja je lepak tepi sungai main quadcopt ni.

Sungai yang tak semulajadi hehehe





Friday, 19 June 2015

Memilih kereta idaman

Phew, berhabuk sudah blog ni. Sumpah bila dah mula kerja sebagai houseman memang lunyai. Kitaran hidup bermula dari bangun tidur, survive di hospital & balik rumah hanya untuk tidur terutama sekali waktu tagging.

Masa tagging ni lah boleh nampak colleague ko menangis, merintih & burnout waktu kerja. Apa yang aku boleh nasihat, bersabarlah walaupun orang jerit kat telinga ko walaupun tak pekak. Lumrahlah, baru seminggu kerja mesti banyak benda yang kita tak tahu. Tapi sesiapa yang graduated dari local university agak mudah untuk mengadaptasi suasana persekitaran kerja.

Setelah berhempas pulas dilambung ribut taufan, akhirnya dah hampir 2 bulan bekerja sebagai house officer jabatan surgery. Hehehe. Serius, waktu paling seronok bila gaji pertama masuk dalam akaun. Ya Allah, rasa terubat sikit rasa sakit2 badan. Yeahh, boleh survey kereta. Setelah percaturan dilakukan, berjaya gak aku beli kereta baru. Kereta dah sampi tapi tak dapat lagi.

Wednesday, 8 April 2015

Melancong ke Manila & Batanes - Musafir Mengubat Hati yang Terluka 5


Haloo.. Maaf kerana lambat kemaskini blog ni, sibuk sangat dalam 2-3 hari ni. Jadi, aku nak sambung cerita hari ke-5 travel yang mana hari kedua di Batanes. Hari ni kami bersiar2 ke bahagian selatan pulau ni menaiki motor merempuh onak ribut bukit bukau disebabkan ribut mula melanda Philippines. Secara jujurnya bahagian selatan pulau ni lagi luas, jenuh jugalah nak mencari destinasi dari satu tempat ke tempat yang lain.


Chawa View deck

Pagi tu, kami mula berhenti di Chawa View Deck, memang dah ada tangga orang sini bina untuk memudahkan turun ke tebing sini. Fuhh, pagi2 dah dapat menikmati deruan ombak dan pemandangan yang menusuk mata hati. Subhanallah. Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ribut pagi tu juga, Hahaha. Maka tersadailah kami bawah gua tepi jeti Mahatoa. Jom tengok tempat menarik di bahagian selatan pulau ni.

Keep calm & take photo eh

Tersadai tepi gua

Depan jeti.. tempat berteduh lagi dikenang


Dalam perjalanan memang ditemani hujan lebat, aku dah menggigil menunggang motor dari tadi. Tiba2 terjumpa laa bangunan restoran ni, nampak cantik cobble stone yang disusun menjadi dinding premis ni. Nak tahu kenapa dieorang buat dinding macam ni? Hal ini adalah kerana kawasan sini sering dilanda ribut taufan setiap tahun, maka tak hairanlah semua binaan berasakan batu kerikil macam ni. Agak hampa bila masuk sini nak mengopi cadangnya, tapi tak ada pula kopi panas. Kami pun teruskanlah perjalanan menuju Honesty Coffee Shop

Selfie.. heheh

Suasana dalam kedai ni

Apa yang menariknya Honesty Coffee Shop ni? Kedai ni menjalankan perniagaan tanpa juruwang di kaunter. Segala barangan dah tersenarai harga, kalau nak beli terus je masukkan dalam tabung yang disediakan. Sangat taajub dengan kedai dan juga penduduk kawasan ni!! Di sini memang 2-3 cawan kopi aku minum, maklumlah nak menghilangkan kesejukan ditambah pula dengan harga 80 sen je. Tak lupa juga, anda boleh dapatkan T-shirt Honesty Coffee Shop di sini dengan harga yang berpatutan. Secara jujurnya, fabrik yang digunakan selesa dan nyaman untuk digunakan orang yang ada masalah kulit sensitif macam aku.

Aku mahu terbang!

Eh, nasib sempat pegang topi yang nak terpelanting


Dalam suasana ribut tu, berjaya juga kami sampai ke Alapad Pass ni. Kawasan sini memang terkenal dengan angin pantai yang kencang menyebabkan terjadinya luluhawa bercorak tepi tebing ni. Bukan itu sahaja, Batanes ni dipenuhi signboard "Blow Ur Horn" sepanjang jalan yang berliku2.

On the balik bilik


Singgah perumahan sini jap hehehe
Orang sini panggil tempat ni 'Marlboro Country'

Malam berlalu dengan kepenatan ayang amat sangat hahaha. Tido je laa. Esoknya kami terpaksa menunggu flight selamat 4 jam disebabkan cuaca buruk. Hati dah berdebar2 sebab flight kami dari Manila ke KL jam 4pm. Sepatutnya tengahari dah sampai Manila. Aduhh. Akhirnya jam 1.30pm baru berlepas ke Terminal 3 Manila dari Basco dan kami sampai sejam sebelum Airasia berlepas.

Bosan tunggu flight tak kunjung tiba

Departure waiting area.. simple je kan

Tadaa, sampai juga flight aku.. dup dap jantung

Basco airport

Ya Allah, memang menggelabah cari teksi sebab terminal 4 tu memang jauh. Alhamdulillah, kami sempat sampai 20 minit sebelum berlepas dan dapat onboard atas jasa baik pihak airport. Of course lah, sebab ribut kot, bukan sengaja datang lewat. Nasib laa kawan aku cepat bertindak, kalau aku sorang mesti dah nangis. Hihihi. Fuhh, selamat juga sampai KL kul 8.30pm..

Rindu nasi hahaha

Thank you, come again

Kesimpulan perjalanan kali ni, jangan underestimate negara2 Asia tenggara. Banyak je tempat cantik untuk dilawati, cuma kita kena rajin study laa tempat2 tu. Dengan travel ni lah kita dapat kenal bangsa2 lain, kepayahan mereka nak hidup di bumi mereka sendiri. Aku berharap dapat travel ke Europe timur pulak next time.



Friday, 3 April 2015

Melancong ke Manila & Batanes - Musafir Mengubat Hati yang Terluka 4

 Fuhh, berhabuk dah entry permusafiran aku ke Philippines ni. Jadi aku nak sambung cerita perjalanan aku ke Batanes pula. Batanes ni merupakan gugusan pulau yang terletak nun jauh di utara Luzon Island di lautan Pasifik dan berhampiran dengan Taiwan. Ia terdiri daripada Pulau Batan, Sabtang dan Itbayat tapi yang ada airport ialah Batan secara tepatnya Pekan Basco. Walaubagaimanapun, ramai kot orang Malaysia yang tak tahu kewujudan pulau ni sebab tempat ni terpencil dan kos pesawat nak ke sana agak mahal.


Terminal 3 Ninoy Acquino International airport.. sini je yang cantik.. terminal lain macam haram jadah.. hahaha

Malangnya, pagi kiteorang nak berlepas tu ada masalah besar. Flight yang di booked rupanya dibatalkan disebabkan cuaca buruk. Buat pengetahuan korang, Filipina ni memang spot ribut setiap tahun, jadi korang kena pandai tengok cuaca sebelum nak melancong ke sana. Akhirnya, terpaksa laa book on the spot Philippines Airlines itupun flight retime sebab cuaca buruk. Dalam jam 7 am Manila kiteorang pun selamat berlepas. Hehehe. Jom tinjau jap gambar2.

View from sky

Selepas 1 jam 45 minit barulah nampak Batanes ni..Subhanallah, belum touch down dah nampak kehebatan dan kecantikan pulau ciptaan Tuhan. Tapi, masa dalam flight memang aku cuak gila, terhuyung hayang bergegar dek cuaca ribut. Tiba2 pula aku teringat kisah MH370 dan MH17 huhuhu. Kawan aku ni, bila flight take off terus lena dibuai mimpi.. hahaha.. 

Cobble-stoned building to prevent collapse during storm or typhoon

Nak ke kantor dulu ya pak


Ini lah suasana Pekan Basco, lepas check in bilik terus merayap nak sewa motorsikal. Semua tempat dalam ni walking distance je. FYI, pekan ni agak terancang sebab semua jalan lurus dan petak2 juga kelihatan seperti berada dalam zaman 80an. Hehehe.

Ronda2 cari tempat walaupun tersesat laa waktu mula2

Destinasi pertama.. korang boleh naik rumah api ni.. Naidi Hill

Yang bangunan pintu biru tu restoran eksklusif.. 

Naidi Hill's view

Subhanallah.. mcam dalam wallpaper laptop

Kawasan sini sebenarnya berbukit bukau, jadi korang nak selamat sewa lah motorsikal ataupun kalau ada duit lebih upah la tour guide naik trak. Hihi. Bila sampai satu tempat memang terkinja jiwa excited dengan keindahan pulau ni. Tapi untuk hari ini, kiteorang pusing bahagian utara Pulau Batan je, well besar kot tempat ni kalau nak habiskan dalam sehari memang tak sempat.

Nampak je dekat, kalau korang larat pergi laa mendaki bukit sebelah tu nak tangkap gambo.. dan tempat ni banyak lembu ala2 NZ

Angin sepoi2 bahasa

Sian kawan aku kena turun sebab motor tak pick up.. hahaha.. tapi sebenarnya jalan sini curam.. klu pakai 4WD ok laa

Fundacion Pacita.. hotel di puncak

Best nya pulau ni rasa macam taknak balik Malaysia. Masa ni memang aku dah tak ingat pun aku ni sebenarnya medical student yang kena reseat exam lagi beberapa bulan. Hahaha.. "Dunia ini ana yang punya!". Nak cari makanan laut mudah je kat sini, boleh cari restoran tepi2 laut tapi harus berhati2 sebabnya makanan ruji masyarakat Batanes ni adalah karneng baboy (pork). Huhu

Boulder beach.. pantai cobble stone.. 

Tengok sunset sambil berehat.. ramai gak tourist lepak sini waktu petang



Sesak Nafas

Kira kat jari kurang lebih 10 hari ja sebelum start Program Transformasi Minda (PTM). Aku masih lagi bertungkus lumus nak membuat persediaan dokumen, pakaian yang nak dibawa dan tak lupa soal kewangan. Fuhh, banayk juga nak guna duit nak mula bekerja ni. Bercakap tentang PTM tu, masih lagi surat tak kunjung tiba, jadi aku pun rajin laa nak cuba menelefon pihak KKM. Tapi masih la samar2 jawapannya umpama penyakit dalam bidang perubatan "There's no hard and fast rule in medical condition.. bla bla bla". Itulah ayat2 yang popular digunakan oleh pensyarah ketika mengajar tak kira laa doktor bius ke, doktor sakit puan ke.. heheeh..

Bila nak terlelap waktu malam, selalu terjaga dan dada berdebar2 tatkala mengingatkan tentang kerja nanti. Macam mana lah agaknya hidup aku nanti. Huhuhu.. Hari ni aku pergi hantar motor untuk servis dan pasang kotak sebelum dibawa ke tempat aku kerja nanti. Jumlah hangus hari ni kurang lebih RM240 dan tak ada cas GST. Puas hati tapi sesak juga lah nak bernafas tengok duit melayang macam tu. Sambil menunggu formen servis motor, sempat juga aku menapak ke pejabat pos untuk membayar segala bil elektrik dan air. So, mari laa tengok box motor kesayangan aku ni. Hihi

Aku baru tahu rupanya tapak ni pun dijual berasingan

Okay lateral angle pula

Tengok tu, berhabuk kotak ni walaupun dibungkus dalam plastik

Kalau rider motor moped, memang selalu guna stuffs dari Givi.. hehe.. So total pasang benda ni rm165

Thursday, 2 April 2015

Dolan-dolan

Haloo, bersawang blog aku ni dah 2 hari tak dijenguk. Hihi. Almaklumlah, sibuk sikit 2-3 hari ni jadi driver pergi sana ke mari. Well, semalam aku pergi Muadzam Shah nak ambil adik aku cuti maktab katanya. Adoii, jauh berdengung jugak tempat tu. Hampir nak kejang kaki menekan pedal minyak supaya kereta memecut secara pantas dan efisien. Sebelum ni masa daftar pertama kali di MRSM tu, aku ikut laluan LPT keluar exit Gambang dan terus menyusur ke Muadzam. Jumlah masa perjalanan lebih kurang 6 jam dari rumah (termasuk berehat kat RnR).

Tapi lain pulak halnya semalam, sengaja nak cuba laluan Kuala Pilah. Jalan ni agak best sebab lurus dan lengang je. Lori pun jumpa sekali sekala je. Fuhh, 5 jam berdesup dah sampai. Kemudian dah selesai ambil adik, nak cuba pulak laluan Kuala Klawang-Karak-KL. Arghh menyesal pilih jalan tu sebabnya jalan tu tak serupa macam ular kena palu, tapi dah berbelit2. Drive pun 50km/j sebab bahaya hujan dan bengkak bemgkok.. Akhirnya jam 6 setengah baru sampai. Sakit betis dibuatnya.

Isi minyak jap kat Petronas depan Hospital Tuanku Ampuan Najihah, K. Pilah.

Berhenti brunch di Felda Keratong 2. Memang nampak jalan lurus nun jauh di sana


Walaubagimanapun, seronok juga menjelajah kawasan pedalaman negeri Pahang ni. Masing2 bandar mula membangun disebabkan wujudnya sekolah2 dan universiti. Tambahan pula, boleh cuba makanan kat tempat2 tu.

Lepak sekejap sementara menunggu pagar MRSM buka

Kemain lagi kawasan perumahan sini. 


Lain pula hari ni, sekali lagi kena drive ke Sabak Bernam sebab ada urusan.. Fuhh, memang bertambah kejang seluruh badan. Fikir2 balik macam mana la nak menempuhi kerja kalau macam ni. Nanti kerja mesti bergerak jalan dalam wad, makan pun belum tentu sempat, tambah dengan panik nak manage patient. Huhu

Monday, 30 March 2015

Melancong ke Manila & Batanes - Musafir Mengubat Hati yang Terluka 3

Huarghh hari ni bangun lewat.. Maklumlah dibuai mimpi sambil diselubungi selimut tebal.. hihihi.. Ikut perancangan nak gerak awal pagi ke Tagaytay City, tapi Tuhan telah menentukan untuk kiteorang bangun lewat.. hahahaha.. Ambik kau! Jalan sesak berpuluh2 kilometer. Pheww sabor je laa.. Bila sampai kat Dasmarinas kiteorang berhenti lunch dekat McDo (Org Philippines tak sebut McD mcm kita selalu cakap). So sekali lagi mencari2 sumber makanan halal. Dan yang ajaibnya, kat sini orang tak minum guna straw. Kalau minta di kaunter pun dieorang buat muka awkward seolah2 melakukan jenayah besar kalau minta straw.. hahaha.. kelakar betul..

Setelah 2-3 jam, barulah sampai ke Tagaytay City. Puff, cuaca petang menyebabkan pemandangan cloudy.. sobs3, sedih tak dapat nak snap gambar cantik. Tapi sekurang2nya masih nampak laa puncak Taal Volcano tu. Nun jauh di tengah tasik. Ada satu themepark di Tagaytay named as Skyranch, di situlah kiteorang lepak tengok gunung berapi tu sambil main kat amusement park situ..

Then, masa dah keluar situ suddenly my friend decided untuk meneruskan perjalanan ke Batangas. What??! So sekali lagi meredah hutan malam untuk menapak ke Batangas. Dah laa signboard pun tenggelam timbul, berbekalkan bahasa Tagalog aku yang tak berapa fasih communicate dengan orang sana, akhirnya sampai laa juga.

aku : Nagsasalitha ka nang wikang Ingles? - do u speak English?
Pinoy : hindi' - no
aku : Batangas?
Pinoy: (sambil menunjuk arah menggunakan bahasa isyarat)
aku: Pasensya na - thank u
pinoy: (tersengih2)

Hahahaha terer jugak rupanya aku speaking Tagalog.. Pengsan

Kawan aku laa drive sebab left sided driver kan

Ini suasana perjalanan di highway

Relax dulu kat depan Petron

Pose sebelum masuk

Dalam gondola Ferris wheel

Suasana nyaman menghirup udara segar.. best


Tengok tu bukit kecil tu.. tu laa Taal volcano