Haloo.. Maaf kerana lambat kemaskini blog ni, sibuk sangat dalam 2-3 hari ni. Jadi, aku nak sambung cerita hari ke-5 travel yang mana hari kedua di Batanes. Hari ni kami bersiar2 ke bahagian selatan pulau ni menaiki motor merempuh onak ribut bukit bukau disebabkan ribut mula melanda Philippines. Secara jujurnya bahagian selatan pulau ni lagi luas, jenuh jugalah nak mencari destinasi dari satu tempat ke tempat yang lain.
 |
| Chawa View deck |
Pagi tu, kami mula berhenti di Chawa View Deck, memang dah ada tangga orang sini bina untuk memudahkan turun ke tebing sini. Fuhh, pagi2 dah dapat menikmati deruan ombak dan pemandangan yang menusuk mata hati. Subhanallah. Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ribut pagi tu juga, Hahaha. Maka tersadailah kami bawah gua tepi jeti Mahatoa. Jom tengok tempat menarik di bahagian selatan pulau ni.
 |
| Keep calm & take photo eh |
 |
Tersadai tepi gua
|
 |
Depan jeti.. tempat berteduh lagi dikenang
|
Dalam perjalanan memang ditemani hujan lebat, aku dah menggigil menunggang motor dari tadi. Tiba2 terjumpa laa bangunan restoran ni, nampak cantik cobble stone yang disusun menjadi dinding premis ni. Nak tahu kenapa dieorang buat dinding macam ni? Hal ini adalah kerana kawasan sini sering dilanda ribut taufan setiap tahun, maka tak hairanlah semua binaan berasakan batu kerikil macam ni. Agak hampa bila masuk sini nak mengopi cadangnya, tapi tak ada pula kopi panas. Kami pun teruskanlah perjalanan menuju Honesty Coffee Shop
 |
| Selfie.. heheh |
 |
| Suasana dalam kedai ni |
Apa yang menariknya Honesty Coffee Shop ni? Kedai ni menjalankan perniagaan tanpa juruwang di kaunter. Segala barangan dah tersenarai harga, kalau nak beli terus je masukkan dalam tabung yang disediakan. Sangat taajub dengan kedai dan juga penduduk kawasan ni!! Di sini memang 2-3 cawan kopi aku minum, maklumlah nak menghilangkan kesejukan ditambah pula dengan harga 80 sen je. Tak lupa juga, anda boleh dapatkan T-shirt Honesty Coffee Shop di sini dengan harga yang berpatutan. Secara jujurnya, fabrik yang digunakan selesa dan nyaman untuk digunakan orang yang ada masalah kulit sensitif macam aku.
 |
| Aku mahu terbang! |
 |
| Eh, nasib sempat pegang topi yang nak terpelanting |
Dalam suasana ribut tu, berjaya juga kami sampai ke Alapad Pass ni. Kawasan sini memang terkenal dengan angin pantai yang kencang menyebabkan terjadinya luluhawa bercorak tepi tebing ni. Bukan itu sahaja, Batanes ni dipenuhi signboard "Blow Ur Horn" sepanjang jalan yang berliku2.
 |
| On the balik bilik |
 |
| Singgah perumahan sini jap hehehe |
 |
| Orang sini panggil tempat ni 'Marlboro Country' |
Malam berlalu dengan kepenatan ayang amat sangat hahaha. Tido je laa. Esoknya kami terpaksa menunggu flight selamat 4 jam disebabkan cuaca buruk. Hati dah berdebar2 sebab flight kami dari Manila ke KL jam 4pm. Sepatutnya tengahari dah sampai Manila. Aduhh. Akhirnya jam 1.30pm baru berlepas ke Terminal 3 Manila dari Basco dan kami sampai sejam sebelum Airasia berlepas.
 |
| Bosan tunggu flight tak kunjung tiba |
 |
| Departure waiting area.. simple je kan |
 |
| Tadaa, sampai juga flight aku.. dup dap jantung |
 |
| Basco airport |
Ya Allah, memang menggelabah cari teksi sebab terminal 4 tu memang jauh. Alhamdulillah, kami sempat sampai 20 minit sebelum berlepas dan dapat onboard atas jasa baik pihak airport. Of course lah, sebab ribut kot, bukan sengaja datang lewat. Nasib laa kawan aku cepat bertindak, kalau aku sorang mesti dah nangis. Hihihi. Fuhh, selamat juga sampai KL kul 8.30pm..
 |
| Rindu nasi hahaha |
 |
| Thank you, come again |
Kesimpulan perjalanan kali ni, jangan underestimate negara2 Asia tenggara. Banyak je tempat cantik untuk dilawati, cuma kita kena rajin study laa tempat2 tu. Dengan travel ni lah kita dapat kenal bangsa2 lain, kepayahan mereka nak hidup di bumi mereka sendiri. Aku berharap dapat travel ke Europe timur pulak next time.
Jom Croatia ��
ReplyDeleteJom (sambil kira duit syiling dlm tabung)
Delete