Friday, 3 April 2015

Melancong ke Manila & Batanes - Musafir Mengubat Hati yang Terluka 4

 Fuhh, berhabuk dah entry permusafiran aku ke Philippines ni. Jadi aku nak sambung cerita perjalanan aku ke Batanes pula. Batanes ni merupakan gugusan pulau yang terletak nun jauh di utara Luzon Island di lautan Pasifik dan berhampiran dengan Taiwan. Ia terdiri daripada Pulau Batan, Sabtang dan Itbayat tapi yang ada airport ialah Batan secara tepatnya Pekan Basco. Walaubagaimanapun, ramai kot orang Malaysia yang tak tahu kewujudan pulau ni sebab tempat ni terpencil dan kos pesawat nak ke sana agak mahal.


Terminal 3 Ninoy Acquino International airport.. sini je yang cantik.. terminal lain macam haram jadah.. hahaha

Malangnya, pagi kiteorang nak berlepas tu ada masalah besar. Flight yang di booked rupanya dibatalkan disebabkan cuaca buruk. Buat pengetahuan korang, Filipina ni memang spot ribut setiap tahun, jadi korang kena pandai tengok cuaca sebelum nak melancong ke sana. Akhirnya, terpaksa laa book on the spot Philippines Airlines itupun flight retime sebab cuaca buruk. Dalam jam 7 am Manila kiteorang pun selamat berlepas. Hehehe. Jom tinjau jap gambar2.

View from sky

Selepas 1 jam 45 minit barulah nampak Batanes ni..Subhanallah, belum touch down dah nampak kehebatan dan kecantikan pulau ciptaan Tuhan. Tapi, masa dalam flight memang aku cuak gila, terhuyung hayang bergegar dek cuaca ribut. Tiba2 pula aku teringat kisah MH370 dan MH17 huhuhu. Kawan aku ni, bila flight take off terus lena dibuai mimpi.. hahaha.. 

Cobble-stoned building to prevent collapse during storm or typhoon

Nak ke kantor dulu ya pak


Ini lah suasana Pekan Basco, lepas check in bilik terus merayap nak sewa motorsikal. Semua tempat dalam ni walking distance je. FYI, pekan ni agak terancang sebab semua jalan lurus dan petak2 juga kelihatan seperti berada dalam zaman 80an. Hehehe.

Ronda2 cari tempat walaupun tersesat laa waktu mula2

Destinasi pertama.. korang boleh naik rumah api ni.. Naidi Hill

Yang bangunan pintu biru tu restoran eksklusif.. 

Naidi Hill's view

Subhanallah.. mcam dalam wallpaper laptop

Kawasan sini sebenarnya berbukit bukau, jadi korang nak selamat sewa lah motorsikal ataupun kalau ada duit lebih upah la tour guide naik trak. Hihi. Bila sampai satu tempat memang terkinja jiwa excited dengan keindahan pulau ni. Tapi untuk hari ini, kiteorang pusing bahagian utara Pulau Batan je, well besar kot tempat ni kalau nak habiskan dalam sehari memang tak sempat.

Nampak je dekat, kalau korang larat pergi laa mendaki bukit sebelah tu nak tangkap gambo.. dan tempat ni banyak lembu ala2 NZ

Angin sepoi2 bahasa

Sian kawan aku kena turun sebab motor tak pick up.. hahaha.. tapi sebenarnya jalan sini curam.. klu pakai 4WD ok laa

Fundacion Pacita.. hotel di puncak

Best nya pulau ni rasa macam taknak balik Malaysia. Masa ni memang aku dah tak ingat pun aku ni sebenarnya medical student yang kena reseat exam lagi beberapa bulan. Hahaha.. "Dunia ini ana yang punya!". Nak cari makanan laut mudah je kat sini, boleh cari restoran tepi2 laut tapi harus berhati2 sebabnya makanan ruji masyarakat Batanes ni adalah karneng baboy (pork). Huhu

Boulder beach.. pantai cobble stone.. 

Tengok sunset sambil berehat.. ramai gak tourist lepak sini waktu petang



No comments:

Post a Comment