Thursday, 2 April 2015

Dolan-dolan

Haloo, bersawang blog aku ni dah 2 hari tak dijenguk. Hihi. Almaklumlah, sibuk sikit 2-3 hari ni jadi driver pergi sana ke mari. Well, semalam aku pergi Muadzam Shah nak ambil adik aku cuti maktab katanya. Adoii, jauh berdengung jugak tempat tu. Hampir nak kejang kaki menekan pedal minyak supaya kereta memecut secara pantas dan efisien. Sebelum ni masa daftar pertama kali di MRSM tu, aku ikut laluan LPT keluar exit Gambang dan terus menyusur ke Muadzam. Jumlah masa perjalanan lebih kurang 6 jam dari rumah (termasuk berehat kat RnR).

Tapi lain pulak halnya semalam, sengaja nak cuba laluan Kuala Pilah. Jalan ni agak best sebab lurus dan lengang je. Lori pun jumpa sekali sekala je. Fuhh, 5 jam berdesup dah sampai. Kemudian dah selesai ambil adik, nak cuba pulak laluan Kuala Klawang-Karak-KL. Arghh menyesal pilih jalan tu sebabnya jalan tu tak serupa macam ular kena palu, tapi dah berbelit2. Drive pun 50km/j sebab bahaya hujan dan bengkak bemgkok.. Akhirnya jam 6 setengah baru sampai. Sakit betis dibuatnya.

Isi minyak jap kat Petronas depan Hospital Tuanku Ampuan Najihah, K. Pilah.

Berhenti brunch di Felda Keratong 2. Memang nampak jalan lurus nun jauh di sana


Walaubagimanapun, seronok juga menjelajah kawasan pedalaman negeri Pahang ni. Masing2 bandar mula membangun disebabkan wujudnya sekolah2 dan universiti. Tambahan pula, boleh cuba makanan kat tempat2 tu.

Lepak sekejap sementara menunggu pagar MRSM buka

Kemain lagi kawasan perumahan sini. 


Lain pula hari ni, sekali lagi kena drive ke Sabak Bernam sebab ada urusan.. Fuhh, memang bertambah kejang seluruh badan. Fikir2 balik macam mana la nak menempuhi kerja kalau macam ni. Nanti kerja mesti bergerak jalan dalam wad, makan pun belum tentu sempat, tambah dengan panik nak manage patient. Huhu

No comments:

Post a Comment