Monday, 30 March 2015

Melancong ke Manila & Batanes - Musafir Mengubat Hati yang Terluka 3

Huarghh hari ni bangun lewat.. Maklumlah dibuai mimpi sambil diselubungi selimut tebal.. hihihi.. Ikut perancangan nak gerak awal pagi ke Tagaytay City, tapi Tuhan telah menentukan untuk kiteorang bangun lewat.. hahahaha.. Ambik kau! Jalan sesak berpuluh2 kilometer. Pheww sabor je laa.. Bila sampai kat Dasmarinas kiteorang berhenti lunch dekat McDo (Org Philippines tak sebut McD mcm kita selalu cakap). So sekali lagi mencari2 sumber makanan halal. Dan yang ajaibnya, kat sini orang tak minum guna straw. Kalau minta di kaunter pun dieorang buat muka awkward seolah2 melakukan jenayah besar kalau minta straw.. hahaha.. kelakar betul..

Setelah 2-3 jam, barulah sampai ke Tagaytay City. Puff, cuaca petang menyebabkan pemandangan cloudy.. sobs3, sedih tak dapat nak snap gambar cantik. Tapi sekurang2nya masih nampak laa puncak Taal Volcano tu. Nun jauh di tengah tasik. Ada satu themepark di Tagaytay named as Skyranch, di situlah kiteorang lepak tengok gunung berapi tu sambil main kat amusement park situ..

Then, masa dah keluar situ suddenly my friend decided untuk meneruskan perjalanan ke Batangas. What??! So sekali lagi meredah hutan malam untuk menapak ke Batangas. Dah laa signboard pun tenggelam timbul, berbekalkan bahasa Tagalog aku yang tak berapa fasih communicate dengan orang sana, akhirnya sampai laa juga.

aku : Nagsasalitha ka nang wikang Ingles? - do u speak English?
Pinoy : hindi' - no
aku : Batangas?
Pinoy: (sambil menunjuk arah menggunakan bahasa isyarat)
aku: Pasensya na - thank u
pinoy: (tersengih2)

Hahahaha terer jugak rupanya aku speaking Tagalog.. Pengsan

Kawan aku laa drive sebab left sided driver kan

Ini suasana perjalanan di highway

Relax dulu kat depan Petron

Pose sebelum masuk

Dalam gondola Ferris wheel

Suasana nyaman menghirup udara segar.. best


Tengok tu bukit kecil tu.. tu laa Taal volcano



Menunggu - Prehousemanship blues

Pejam celik pejam celik.. 13 hari lagi aku akan menjalani Program Transformasi Minda (PTM) sebelum mula bertugas. Tapi malangnya surat PTM tak sampai lagi kat rumah. Aikk, takkan tak jadi kot dek berita panas semalam yang tersebar meluas dalam media sosial "One in 5 housemen in quit". Betul ke? ya, itu lah realitinya sekarang. Huhuhu.. Tetiba aku rasa tak sedap hati, harap2lah aku cukup kantal untuk menghadapi dunia pekerjaan nanti. Segala komen2 negatif kawan2 yang dah mula bertugas aku serap dan cerna supaya minda aku dapat menerimanya dengan tabah.

Tapi, aku masih tak berpuas hati sebab surat PTM tak sampai lagi. Ayah aku dah bising sebab nak book cuti pun tak boleh lagi. Yelaa, ayah aku kan kerja bawah badan unit uniform, bukan sesuka hati mak nenek dia je nak cuti kan? Hahahaha. Tambahan pula nak mengemas barang2 pun aku malas sebab tak ada pressure.. Hehehe

Sunday, 29 March 2015

Melancong ke Manila & Batanes - Musafir Mengubat Hati yang Terluka 2

Setelah seharian ronda2 di Intramuros & Makati, memang bengkak la kaki kami.. huhuhu.. so masa balik bilik terus baring atas tilam sambil kaki kami sandarkan dekat dinding. Kononnya, nak kasi semua darah turun masuk ke badan hahaha.. Kesian kawan aku ni samapai tempang bila nak berjalan. Seterusnya hari kedua ni kami pergi melawat pula ke Manila China Town, Muslim Town untuk Solat Jumaat dan Mall of Asia.

Lepas bersiap terus menapak ke stesen tren terdekat. Maklumlah, aku dah kaji semua network tren kat Manila ni hehehe. Dari Stesen Quirino Avenue menuju Carriedo, alah berapa belas minit sampai laa.. Sempat laa kiteorang cari kedai makan kat China Town tu. Tapi malangnya, semasa nak mencari Muslim Town, memamng tersesat barat. Adoiii, penat kot berjalan sana sini bertanya orang ramai. Tengok muka kawan aku dah masam, alamak.. dia marah aku ke? Sorry. Tu la nak sangat tunjuk pandai kan. Tadaa, nasib jumpa stesen Doroteo Jose.. Fuhh lega, terus menuju ke Carriedo dan menyusur celah2 pasar mencari Muslim Town. So, jom tengok gambonye yoep!

Day 2: China Town, Muslim Town

Jalan kaki je nak ke Stesen Quirino Avenue

Tadaa.. LRT dah sampai

Kat stesen LRT ni security agak strict, setiap kali masuk ada pak guard check seleruh badan

Hmmm.. mana laa Chinatown ni?

Of course laa banyak gereja kat sini

Not bad, tak sesak sangat jalan

Fuhh camni rupanya.. Petaling Street lagi best

Masa order tulis situ vegeterian food.. sekali yg sampai siap ada ayam, lembu bagai.. Puff, bungkus bagi beggers kat situ je laa

Jeng jeng.. Sampai juga Muslim Town.. Sempat juga Solat Jumaat kat sini
Selesai solat Jumaat ada seorang lelaki mengucap 2 kalimah syahadah.. Ramai org menjadi saksi

Setelah pulang berehat sebentar kami berjimba pula ke Mall of Asia.. Lagi sekali kami menaiki tren menuju ke Stesen EDSA (aku pun xtau apa nama panjangnya). Sampai di situ kiteorang naik pula jeepney (kenderaan awam berbentuk trak askar US zaman menjajah kat Filipina) dengan tambang sebanyak 70 sen seorang. Murah kan? 

Day 2 : Mall of Asia

Berjalan ke Roxas Boulevard dari bilik.. konon nak tengok sunset.. tapi cuaca tak berapa ok laa sobs3

Dalam jeepney menuju MOA.. berhimpit2 macam naik monorel.. tp yang ni lagi selesa laa

Ni laa mall kebanggaan Pinoy Manila

Ni spot famous nak beli souvernier.. nak murah cari kat kedai luar ye

Puas hati sebab ada restoran Melayu.. hihi.. Nasi dan aku berpisah tiada

Melancong ke Manila & Batanes - musafir mengubat hati yang terluka 1

Hoi, sapa tak sedih kalau gagal Pro exam kan. Kawan2 semua happy meraikan kejayaan dan aku pula terpaksa bergenang air mata sebak. Tapi Allah itu Maha Adil, 2-3 bulan aku bersedih dapat la aku seorang kawan baru.. hehehe.. Yelaa, kawan2 aku semua dah balik kampung menguruskan dokumen kerja, sekurang-kurangnya ada laa juga teman waktu weekend.. study tu masa weekdays je. Untuk mengubati hati aku yang terluka ni, so kawan aku suggest pergi isolate diri ke oversea. What??! Yes, aku pergi travel luar negara, tengok kehidupan orang lain pulak. So, we decide to go to Philippines.. hehehe..

So memang plan gila2 laa supaya tak terganggu waktu kelas.. sebab nak pegi lebih kurang 6 hari. alhamdulillah berjaya jugak perancangan kami. Macam biasa lah, we booked AirAsia with tagline of "Everyone can fly" hahhaha.. Masa travel jangan cakaplah, macam2 dugaan yang mendatang tapi dapat diselesaikan. So, jom tengok gambar2 yang diambil...

Day 1: Intramuros & Makati


Kagum dengan KLIA2 yang besar.. mencungap nak sampai ke terminal

Brunch kat restoran arab area Ermita.. Otw pergi Intramuros

Hujan la pulak pagi tu.. Nasib tak lebat sangat

Pemandangan dari Fort Santiago

Lepak minum kat Starbucks jap.. Penatnya

Intramuros.. Bandar yang dikelilingi tembok

Otw balik.. bengkak kaki sebab dah berjalan sejauh 9km

Tunggu teksi nak ke Makati

Makati ala2 Bukit Bintang kalau kat Malaysia

Yeayy MRT dah sampai.. Murahnya fare kat sini

Not bad.. dah dekat tengah malam masih ramai

Tricycle.. pengangkutan utama kat Manila

Friday, 27 March 2015

Pasca Tamat Belajar; Apa yang Patut Dilakukan?

Aku rasa hadiah paling bermakna sempena tamat belajar ialah CUTI PANJANG. Tatkala kawan2 aku yang dah start kerja semua berpesan dekat kau "Please enjoy your holiday". Hahahaha.. So apa tindakan setelah tamat belajar? So mula2 makesure korang ambil semua dokumen penting ni:

1) Surat Pengesahan Tamat Belajar Dari Dekan
2) Transkrip peperiksaan keseluruhan

Surat Pengesahan dari Dekan

Sebelum tu aku nak beritahu, benda ni untuk graduates local universiti je. Medical students kat Malaysia biasanya dah ada sesi temuduga dengan pihak SPA beberapa bulan sebelum Final Pro Exam. So, korang print slip perakuan yang membuktikan korang dah isi online permohonan kerja. Then, tak payah susah2 nak berkejar ke JPA, Putrajaya. Just buka website JPA korang cari laa slot Permohonan Tamat Belajar. Selepas korang siap isi details, nanti korang kena upload dokumen tadi seperti Surat Dekan, transkrip & slip permohonan SPA. Tadaa siap.. Boleh laa korang berehat memunggah barang balik rumah dah.

Slip perakuan Permohonan Jawatan SPA

So, tunggu laa dalam seminggu lebih nanti surat perlantikan dari SPA akan sampai kat rumah. Dalam sampul tu nanti dapat segala surat medical checkup, aku janji, surat pesuruhjaya sumpah dan surat terima tawaran kerja. Step seterusnya ialah memohon no pendaftaran sementara. Yang ni agak leceh sebab banyak dokumen perlu disediakan seperti:

1) Salinan i/c
2) Salinan surat beranak
3) Salinan surat lantikan SPA
4) Salinan Transkrip
5) Borang Fitness (ni ada disediakan dalam sampul SPA tu)
6) Wang pos rm20
7) Gambar latest 2 keping
8) Surat asal dari Dekan
9) Salinan SPM


Surat Perlantikan SPA

Semua dokumen ni perlu disahkan oleh penjawat awam kumpulan A. Korang perlu menapak ke Bangunan MMC kat jalan Cenderasari KL untuk hantar benda ni. Proses untuk mendapatkan no dan sijil pendaftaran sementara ni memakan masa 3 hari bekerja. Korang diberi pilihan untuk ambil sijil ni samada melalui pos atau by hand. Bezanya by hand lagi cepat dapat.

Pada masa yang sama kena rajin update email. Sebab pihak KKM akan beritahu masa untuk korang isi online penempatan. Website tu dibuka selama seminggu je. Sistem baru ni ada pro & cons, kebaikannya korang dah boleh tahu hospital mana yang available dan konfem dapat kalau korang pilih. Tapi disadvantages nya hanya hospital tertentu je yg tersenarai. Contohnya masa aku isi tu, kat kawasan tengah semenanjung ni listed hospital adalah HKL, HTAR, Kuantan & Segamat. Yang lain semua di Perlis, Penang, Kelantan, JB, Sabah & Sarawak. Tambahan pula, satu hospital dia offer 12-15 housemen je kecuali HKL, Penang, Jb & Sibu. yang ni memang dia nak berpuluh2 housemen. So, once korang isi penempatan ni, terus dapat hospital yang dipilih dan boleh print dah surat panggilan kerja. Dalam surat tu dah termaktub tarikh PTM korang.


Surat Penempatan & tarikh PTM


Sijil MMC


Akhir sekali, sementara berkelapangan korang siapkan laa surat aku janji, terima tawaran, angkat sumpah, medical checkup, buat stamp dan nametag korang.. hihi.. So sekarang ni aku tengah menunggu surat PTM yang tak kunjung tiba.. Adoii.. 2 minggu je lagi ni.


Thursday, 26 March 2015

Berakhirnya Zaman Belajar

Fuhh.. Setelah 7 tahun setengah barulah tamat belajar di universiti. Belum lagi campur tempoh belajar di sekolah rendah dan menengah. Dekat2 20 tahun gamaknya. Berasap jugak lah otak aku. hehehe.. Cewah, karang dah kerja baru terhegeh2 nak merindui zaman belajar. Itu apa yang kawan2 aku selalu cakap laa.

             Masa tingkatan 1 dulu, aku masuk kelas rancangan khas agama (RKA) je, maklumlah UPSR tak dapat semua A. Zaman ni lah mula tinggal di asrama. Belajar siang, tido, makan, mandi, main dan sebagainya di Sek Men Keb Seri Perak, Teluk Intan. Alhamdulillah, masa keputusan PMR keluar, aku dapat 8A1B yang mana English dapat B tapi Arab dapat A. Pelik benar. Jadi, aku dapat offer kat SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak dan SBPI Gopeng. Fikir punya fikir, aku decide nak belajar kat SMKA. Mungkin dari kecil aku dah tanam cita2 nak study kat SMKA gamaknya.

             Masa belajar kat SMKA ni barulah aku tersedar dari lena dunia.. hahaha.. Yelaa, tak rugi sebenarnya. Banyak input kehidupan aku belajar kat sana. Dulu aku ni liat sikit nak solat, sekadar buat sebab terpaksa. Tapi lama2 dapat laa sikit penghayatan tentang solat setiap hari. Tapi ada je orang anggap, kalau kat sekolah agama semua budak baik macam malaikat. Bohonglah, sebenarnya sama je kalau belajar kat mana2 pun. Mesti ada yang baik dan yang nakal2 ni tak kira laa kau sekolah kat private ke, sbp ke, sekolah menengah harian ke. Okay malas nak cerita panjang dah, tiba je waktu form 5 iaitu tahun 2006, masing2 pulun study sebab nak dapat result cemerlang untuk SPM. Yelaa, budaya kat sekolah asrama kan.. Dia nak semua student berjaya dalam SPM then dapat further study kat U. Tunggang terbalik jugak hidup kat asrama dan akhirnya SPM dapat laa 8A1 2A2 1B4 1C6 (10A 1B 1C). Lagi sekali subjek yang membinasakan result aku ialah ENGLISH!! Stress..

           
Ni antara nota yang aku tampal kat dinding bilik

             So bermula lah era zaman U yang mana aku dapat offer KMPP dan juga Pusat Tamhidi USIM. Jadi aku pilih untuk sambung belajar kat Tamhidi Perubatan USIM.. hehehehe.. Dengan kejayaan pointer yang cukup2 makan, aku sambung je degree dekat sini, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan USIM. Zaman ni lah macam2 dugaan berlaku dalam hidup yang mana mematangkan diri aku tentang banyak perkara. Aku rasa semua medical students rasa kot apa yang aku maksudkan, banyak benda kena cover, posting sana sini semata2 nak consolidate medical knowledge sebagai persediaan sebelum menduduki Peperiksaan Professional Akhir untuk menguji diri semua pelajar samada layak atau tak untuk mendapatkan segulung Ijazah Perubatan.


Kononnya practise suturing.. hehehe
                                                       

                  Malang tidak berbau, takdir Tuhan telah menetapkan aku untuk tidak layak mendapat kelulusan perubatan masa itu. Jadi aku terpaksa menjalani supplementary course selama 6 bulan. Masa ni lah aku rasa down gila, aku taknak berhubung dengan mana2 manusia yang aku kenal, rasa rendah diri melanda jiwa sepanjang hari. Sebenarnya, supplementary course ni tidak membebankan, cuma permainan emosi yang menjadi musuh utama aku setiap masa. So, aku mula buka  minda dan hati untuk menerima segala ujian Tuhan, Alhamdulillah aku mendapat semula kekuatan untuk menduduki semula Final Professinal Exam masa tu.

"Stop sending whatsup, 18 days left before our exam" said my friend

                  Hari yang dinantikan telah tiba, 9 Februari 2015 merupakan tarikh keramat dalam hidup aku apabila diumumkan lulus dengan jayanya dalam Final Professional Exam ulangan. Ya Allah, bercucuran air mata tatkala sujud syukur petang tu. Rasa berbaloi semua penat lelah aku belajar kat medical school.. hahahahaha.. Mana taknya, 7 tahun setengah meringkuk belajar. Cepat je masa berlalu. Sekarang ni aku dah bersiap2 pack barang sebelum merantau kerja. 

Result announcement... Cuak siot


                 Buat adik2 yang baru bercita2 nak belajar medic, aku hanya boleh ucapkan selamat maju jaya. Korang kena set minda, bukan senang nak mengharungi course ni selama 6-7 tahun. Ada masa kat atas, ada masa kau akan tersungkur kat bawah. Hanya yang pernah menjadi medical students je yang akan faham apa yang aku maksudkan.. hehehe.. Segala2nya bergantung kepada nasib untuk exam klinikal, so banyak2 lah berdoa supaya korang mendapat kes yang korang tahu manage.

Muqaddimah

Aloo!

Sebenarnya dah lama aku nak blogging ni tapi almaklumlah niat sekadar hangat2 taik ayam.. hihihi.. Jadi disebabkan dah habis belajar ni baru la terdetik hati nak blogging dek kerana bosan duduk menganggur sebelum mula kerja lagi dua minggu. Alhamdulillah 90% dokumen untuk masuk kerja dah siap.