Thursday, 26 March 2015

Berakhirnya Zaman Belajar

Fuhh.. Setelah 7 tahun setengah barulah tamat belajar di universiti. Belum lagi campur tempoh belajar di sekolah rendah dan menengah. Dekat2 20 tahun gamaknya. Berasap jugak lah otak aku. hehehe.. Cewah, karang dah kerja baru terhegeh2 nak merindui zaman belajar. Itu apa yang kawan2 aku selalu cakap laa.

             Masa tingkatan 1 dulu, aku masuk kelas rancangan khas agama (RKA) je, maklumlah UPSR tak dapat semua A. Zaman ni lah mula tinggal di asrama. Belajar siang, tido, makan, mandi, main dan sebagainya di Sek Men Keb Seri Perak, Teluk Intan. Alhamdulillah, masa keputusan PMR keluar, aku dapat 8A1B yang mana English dapat B tapi Arab dapat A. Pelik benar. Jadi, aku dapat offer kat SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak dan SBPI Gopeng. Fikir punya fikir, aku decide nak belajar kat SMKA. Mungkin dari kecil aku dah tanam cita2 nak study kat SMKA gamaknya.

             Masa belajar kat SMKA ni barulah aku tersedar dari lena dunia.. hahaha.. Yelaa, tak rugi sebenarnya. Banyak input kehidupan aku belajar kat sana. Dulu aku ni liat sikit nak solat, sekadar buat sebab terpaksa. Tapi lama2 dapat laa sikit penghayatan tentang solat setiap hari. Tapi ada je orang anggap, kalau kat sekolah agama semua budak baik macam malaikat. Bohonglah, sebenarnya sama je kalau belajar kat mana2 pun. Mesti ada yang baik dan yang nakal2 ni tak kira laa kau sekolah kat private ke, sbp ke, sekolah menengah harian ke. Okay malas nak cerita panjang dah, tiba je waktu form 5 iaitu tahun 2006, masing2 pulun study sebab nak dapat result cemerlang untuk SPM. Yelaa, budaya kat sekolah asrama kan.. Dia nak semua student berjaya dalam SPM then dapat further study kat U. Tunggang terbalik jugak hidup kat asrama dan akhirnya SPM dapat laa 8A1 2A2 1B4 1C6 (10A 1B 1C). Lagi sekali subjek yang membinasakan result aku ialah ENGLISH!! Stress..

           
Ni antara nota yang aku tampal kat dinding bilik

             So bermula lah era zaman U yang mana aku dapat offer KMPP dan juga Pusat Tamhidi USIM. Jadi aku pilih untuk sambung belajar kat Tamhidi Perubatan USIM.. hehehehe.. Dengan kejayaan pointer yang cukup2 makan, aku sambung je degree dekat sini, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan USIM. Zaman ni lah macam2 dugaan berlaku dalam hidup yang mana mematangkan diri aku tentang banyak perkara. Aku rasa semua medical students rasa kot apa yang aku maksudkan, banyak benda kena cover, posting sana sini semata2 nak consolidate medical knowledge sebagai persediaan sebelum menduduki Peperiksaan Professional Akhir untuk menguji diri semua pelajar samada layak atau tak untuk mendapatkan segulung Ijazah Perubatan.


Kononnya practise suturing.. hehehe
                                                       

                  Malang tidak berbau, takdir Tuhan telah menetapkan aku untuk tidak layak mendapat kelulusan perubatan masa itu. Jadi aku terpaksa menjalani supplementary course selama 6 bulan. Masa ni lah aku rasa down gila, aku taknak berhubung dengan mana2 manusia yang aku kenal, rasa rendah diri melanda jiwa sepanjang hari. Sebenarnya, supplementary course ni tidak membebankan, cuma permainan emosi yang menjadi musuh utama aku setiap masa. So, aku mula buka  minda dan hati untuk menerima segala ujian Tuhan, Alhamdulillah aku mendapat semula kekuatan untuk menduduki semula Final Professinal Exam masa tu.

"Stop sending whatsup, 18 days left before our exam" said my friend

                  Hari yang dinantikan telah tiba, 9 Februari 2015 merupakan tarikh keramat dalam hidup aku apabila diumumkan lulus dengan jayanya dalam Final Professional Exam ulangan. Ya Allah, bercucuran air mata tatkala sujud syukur petang tu. Rasa berbaloi semua penat lelah aku belajar kat medical school.. hahahahaha.. Mana taknya, 7 tahun setengah meringkuk belajar. Cepat je masa berlalu. Sekarang ni aku dah bersiap2 pack barang sebelum merantau kerja. 

Result announcement... Cuak siot


                 Buat adik2 yang baru bercita2 nak belajar medic, aku hanya boleh ucapkan selamat maju jaya. Korang kena set minda, bukan senang nak mengharungi course ni selama 6-7 tahun. Ada masa kat atas, ada masa kau akan tersungkur kat bawah. Hanya yang pernah menjadi medical students je yang akan faham apa yang aku maksudkan.. hehehe.. Segala2nya bergantung kepada nasib untuk exam klinikal, so banyak2 lah berdoa supaya korang mendapat kes yang korang tahu manage.

No comments:

Post a Comment