Setelah seharian ronda2 di Intramuros & Makati, memang bengkak la kaki kami.. huhuhu.. so masa balik bilik terus baring atas tilam sambil kaki kami sandarkan dekat dinding. Kononnya, nak kasi semua darah turun masuk ke badan hahaha.. Kesian kawan aku ni samapai tempang bila nak berjalan. Seterusnya hari kedua ni kami pergi melawat pula ke Manila China Town, Muslim Town untuk Solat Jumaat dan Mall of Asia.
Lepas bersiap terus menapak ke stesen tren terdekat. Maklumlah, aku dah kaji semua network tren kat Manila ni hehehe. Dari Stesen Quirino Avenue menuju Carriedo, alah berapa belas minit sampai laa.. Sempat laa kiteorang cari kedai makan kat China Town tu. Tapi malangnya, semasa nak mencari Muslim Town, memamng tersesat barat. Adoiii, penat kot berjalan sana sini bertanya orang ramai. Tengok muka kawan aku dah masam, alamak.. dia marah aku ke? Sorry. Tu la nak sangat tunjuk pandai kan. Tadaa, nasib jumpa stesen Doroteo Jose.. Fuhh lega, terus menuju ke Carriedo dan menyusur celah2 pasar mencari Muslim Town. So, jom tengok gambonye yoep!
Day 2: China Town, Muslim Town
 |
| Jalan kaki je nak ke Stesen Quirino Avenue |
 |
| Tadaa.. LRT dah sampai |
 |
| Kat stesen LRT ni security agak strict, setiap kali masuk ada pak guard check seleruh badan |
 |
| Hmmm.. mana laa Chinatown ni? |
 |
| Of course laa banyak gereja kat sini |
 |
| Not bad, tak sesak sangat jalan |
 |
| Fuhh camni rupanya.. Petaling Street lagi best |
 |
| Masa order tulis situ vegeterian food.. sekali yg sampai siap ada ayam, lembu bagai.. Puff, bungkus bagi beggers kat situ je laa |
 |
| Jeng jeng.. Sampai juga Muslim Town.. Sempat juga Solat Jumaat kat sini |
 |
| Selesai solat Jumaat ada seorang lelaki mengucap 2 kalimah syahadah.. Ramai org menjadi saksi |
Setelah pulang berehat sebentar kami berjimba pula ke Mall of Asia.. Lagi sekali kami menaiki tren menuju ke Stesen EDSA (aku pun xtau apa nama panjangnya). Sampai di situ kiteorang naik pula jeepney (kenderaan awam berbentuk trak askar US zaman menjajah kat Filipina) dengan tambang sebanyak 70 sen seorang. Murah kan?
Day 2 : Mall of Asia
 |
| Berjalan ke Roxas Boulevard dari bilik.. konon nak tengok sunset.. tapi cuaca tak berapa ok laa sobs3 |
 |
| Dalam jeepney menuju MOA.. berhimpit2 macam naik monorel.. tp yang ni lagi selesa laa |
 |
| Ni laa mall kebanggaan Pinoy Manila |
 |
| Ni spot famous nak beli souvernier.. nak murah cari kat kedai luar ye |
 |
| Puas hati sebab ada restoran Melayu.. hihi.. Nasi dan aku berpisah tiada |
No comments:
Post a Comment