1) Surat Pengesahan Tamat Belajar Dari Dekan
2) Transkrip peperiksaan keseluruhan
![]() |
| Surat Pengesahan dari Dekan |
Sebelum tu aku nak beritahu, benda ni untuk graduates local universiti je. Medical students kat Malaysia biasanya dah ada sesi temuduga dengan pihak SPA beberapa bulan sebelum Final Pro Exam. So, korang print slip perakuan yang membuktikan korang dah isi online permohonan kerja. Then, tak payah susah2 nak berkejar ke JPA, Putrajaya. Just buka website JPA korang cari laa slot Permohonan Tamat Belajar. Selepas korang siap isi details, nanti korang kena upload dokumen tadi seperti Surat Dekan, transkrip & slip permohonan SPA. Tadaa siap.. Boleh laa korang berehat memunggah barang balik rumah dah.
![]() |
| Slip perakuan Permohonan Jawatan SPA |
1) Salinan i/c
2) Salinan surat beranak
3) Salinan surat lantikan SPA
4) Salinan Transkrip
5) Borang Fitness (ni ada disediakan dalam sampul SPA tu)
6) Wang pos rm20
7) Gambar latest 2 keping
8) Surat asal dari Dekan
9) Salinan SPM
![]() |
| Surat Perlantikan SPA |
Pada masa yang sama kena rajin update email. Sebab pihak KKM akan beritahu masa untuk korang isi online penempatan. Website tu dibuka selama seminggu je. Sistem baru ni ada pro & cons, kebaikannya korang dah boleh tahu hospital mana yang available dan konfem dapat kalau korang pilih. Tapi disadvantages nya hanya hospital tertentu je yg tersenarai. Contohnya masa aku isi tu, kat kawasan tengah semenanjung ni listed hospital adalah HKL, HTAR, Kuantan & Segamat. Yang lain semua di Perlis, Penang, Kelantan, JB, Sabah & Sarawak. Tambahan pula, satu hospital dia offer 12-15 housemen je kecuali HKL, Penang, Jb & Sibu. yang ni memang dia nak berpuluh2 housemen. So, once korang isi penempatan ni, terus dapat hospital yang dipilih dan boleh print dah surat panggilan kerja. Dalam surat tu dah termaktub tarikh PTM korang.
![]() |
| Surat Penempatan & tarikh PTM |
![]() |
| Sijil MMC |
Akhir sekali, sementara berkelapangan korang siapkan laa surat aku janji, terima tawaran, angkat sumpah, medical checkup, buat stamp dan nametag korang.. hihi.. So sekarang ni aku tengah menunggu surat PTM yang tak kunjung tiba.. Adoii.. 2 minggu je lagi ni.





No comments:
Post a Comment